10 March 2011

- Adakah anDa merupakaN seoRang sahaBat yanG baiK untuK sayA ? -e


Assalamualaikum semua! hello friends!
Bertemu lagi kita dalam Slot Refleksi Diri!
haha..ada gaya nak jadi pengacara ni..
takdela..agaknya dah lama dah tak buat post untuk si bloggie tersayang ni..
Tajuk post saya ini..' Sifat seorang sahabat yang baik untuk kita'

Sebagaimana yang kita tahu..sahabat ini ada macam-macam jenis..ada yang mulia, taat perintah ALLAH, ibubapa dan bersopan santun..ada juga seorang sahabat yang mempunyai sifat tak baik dalam diri dia contohnya macam pemalas, suka bergaduh, kurang ajar, suka mengaibkan diri orang lain, dan macam-macam lagi lah...tapi hakikatnya sekarang, kita sukar untuk menemukan seorang sahabat yang baik dan sanggup bersama-sama dengan kita walaupun kita ni tgh susah atau senang..ye lah...kadang-kadang ada orang tu die mengaku kita ni kwn die bila kita tgh happy, berduit, tapi bila sedih???.....semua lari dari kita....jarang nak jumpa kwn yang sanggup berkongsi masalah yang kita hadapi bersama...

Same goes to me, aku ni dah merantau banyak tempat (dalam MALAYSIA JE LAH YE)...dah banyak jenis sekolah aku pergi...ramai jenis kawan yang aku dah jumpa kat setiap tempat yang aku pergi...But, honestly writting (ye la aku tgh write bukan tgh speak.. :) ) Aku banyak mempelajari cara mengenal hati kawan di sekolah berasrama penuh yang aku pergi daripada Tingkatan 4 dan 5..walaupun ianya merupakan 2 tahun yang sangat singkat..namun, itulah 2 tahun yang paling aku hargai apabila bersama dgn teman-teman yang aku sayangi...

Aku maseh ingat lagi lepas habis SPM 2010 (paper BIO) time tu kita berdoa di depan Dewan Sri Pahlawan a.k.a DSP...agar setiap orang daripada kita bakal menjadi seorang yang berguna kepada bangsa dalam bidang yang diceburi...time tu lah aku paling sedih sekali bila aku berpisah dgn rakan-rakan yang paling rapat dgn aku...tak tau la...sebelum ni aku tak pernah pun sedeh pasal nak tinggalkan kwn-kawan..but for that time, I'm extremely sad..ye lah...kwn rapat memang susah nak berpisah..mesti ada sedeh dalam diri...sebab tu la aku selalu berpegang dengan NASIHAT AYAH aku : " Kita berkawan biar dengan semua orang..baik dgn semua orang..tak perlu ada special friends dalam hidup..sebab once bila kita akan berpisah mungkin itu satu pengalaman yang sukar untuk dilupaka...berkawan dengan semua orang lebih bagus sebab kita boleh kenal dan layan orang dengan sama rata..."

OKlah..itu sajalah yang akan aku ceritakan mengenai pengalaman aku..Ni, aku nak bagi beberapa ciri yang seharusnya ada sebagai seorang kawan kepada kawan-kawan kita...

  1. SAHABAT kadang-kadang amat memilih kawan..Sebagai seorang sahabat yang baik dia sepatutnya menyambut baik niat kita untuk mengadakan hubungan PERSAHABATAN dengan dia...seharusnya dia bersyukur kerana ada orang yang ingin berkawan dengan nya...Tapi, bila dah bersahabat, mesti jaga hati dan perasaan diorang pulak...jangan main lepas cakap je...
  2. Kadang-kadang kawan ( girls especially ) suka sangat memburukkan/ mengaibkan kawan dia depan orang lain...aku pernah ada seorang kawan yang mcm tu..tapi aku tak pernah pun buat serang balas dengan buruk kan imej die depan orang lain..sebbab aku tahu maruah seseorang itu perlu dijaga walaupun itu merupakan bukan diri kita...mungkin KAWAN AKU tu tak tahu mengenai harga diri dan maruah kot...takpe..biar je orang mcm tu..kadang-kadang die ingat die hebat sangat...sebab tu dia ada keberanian untuk ceritan buruk kwn kepada orang lain...jgnlah korang jadi camni ek...sebab inilah merupakan salah satu faktor keretakansebuah persahabatan..sebab AKU pernah mengalaminya!! *sobsob..:(.... sebenarnya aku rindu sangat dengan KAWAN aku tu...dia seorang yang cheerful dan caring..sebab die tu lebih tua dari aku...
  3. Seorang kawan yang baik juga akan senantiasa bersama dgn sahabatnya itu ketika senang atau susah...kita sebagai kawan mesti sentiasa memberikan pertolongan yang kita boleh bagi kalau mereka memerlukan kita...tapi maksud aku dengan tujuan yang baik...jgnlah kalau kwn mintak tolong untuk menipu kita pun jadi pak turut jer...kita mesti berfikir rasional...fikir baik buruk nya..Pertolongan ini tak semestinya dalam bentuk material...nasihat dan sokongan jugak boleh bantu diorang bila diorang tengah hampir putus asa..betol tak??
Buat sapa-sapa yang telah menjadi sahabat aku selama ini, aku amat bertuah sebab pernah kenal dengan korang..Apapun...jadilah seorang SAHABAT yang baik kepada SAHABAT-SAAHBAT anda agar perSAHABATan antara kita akan berkekalan...

Sekian, diharap artikel saya ini dapat menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya dalam perSAHABATan..
ASSALAMUALAIKUM....

No comments: