29 March 2011

Pepatah yang di patah-patahkan.. :)

  1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
  2. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
  3. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
  4. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
  5. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
  6. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
  7. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
  8. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
  9. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
  10. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
  11. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
  12. Patah tumbuh, hilang report polis.
  13. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
  14. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......
  15. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

No comments: