13 March 2011

Takziah..~


Assalamualaikum semua..
Pada tarikh 13 March 2011 iaitu pada hari Ahad..Atok Haji Muharam telah kembali ke Rahmatullah dan telah dikebumikan di tanah perkuburan di Tangkak..
Segalanya berjalan dengan lancar..
Upacara tahlil , solat jenazah , upacara pengebumian telah selamat dijalankan pada petang 13 March 2011..

YA ALLAH, CUCURILAH RAHMAT KE ATAS ROH ALLAYARHAM ATOK MUHARAM..SEMOGA SETIAP AMALANNYA SEMASA DI DUNIA DITERIMA OLEH MU, YA ALLAH..TEMPATKANLAH ROHNYA DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG DIREDHAI OLEH-MU..
AMIIIN...


Ini merupakan pengalaman pertama aku mengadap jenazah selama hidup aku..Sebab itulah aku agak terkedu pabila melihat sekujur tubuh terbaring kaku semasa para jemaah sedang menunaikan solat jenazah..Walaupun aku tidak berapa rapat dengan Atok Muharam, tapi aku dapat merasakan kesedihannya kerana aku pernah bergurau dengan Atok Muharam bila Allayarham singgah ke rumah Atok Tangkak..
Kawan-kawan, sedekahkan lah AL-FATIHAH ke atas roh nya..
Assalamualaikum..


No comments: