Belog Nurfatiha ~
La Boss

Photobucket

Welcome to my Nurfatiha's blog . Follow me as my buddies , I will follow you -InsyaAllah-.



Story About Links




Footprint please ! ;



Tekan sini kalau baik !;



Template : Aulia Septiya
Tweeked : Syahirah Azman
Best View : Google Chrome

All rights reserved ® Belog Nurfatiha


...Begini lah Kehidupan di Matrikulasi...
02 April 2011 // 0 Love(s)
Apa itu Matrikulasi?

Matrikulasi?
Matrikulasi adalah pembelajaran selama setahun atau dua tahun bagi pelajar lepasan SPM sebelum mereka melangkah ke program Ijazah di universiti.

Adakah Matrikulasi sama dengan STPM dan juga Diploma?
-Matrikulasi mengambil masa setahun atau dua tahun. Ia dikenali sebagai Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun.
-STPM mengambil masa 2 tahun di sekolah (PRA U).
-Diploma pula mengambil masa 2 atau 3 tahun di universiti.
-Ada sesetengah silibus pelajaran di Matrikulasi sama dengan STPM dan Diploma.


Apakah pelajaran di Matrikulasi?
Matrikulasi mempunyai 3 kos. Kos Sains Hayat, Kos Sains Fizikal dan Kos Akaun
.Pelajaran teras Kos Sains Hayat: Biologi, Matematik dan Kimia.
Pelajaran teras Kos Sains Fizikal: Fizik, Matematik dan Kimia
Pelajaran Kos Akaun: Matematik, Akaun, dan Ekonomi.

Terdapat juga 2 lagi tambahan subjek pilihan kolej matrikulasi yang mesti diikuti. Jangan bimbang, ia tidak membebankan.


Adakah kaedah pembelajaran di matrikulasi sama dengan pembelajaran di sekolah? Kuliah
Tidak. Ia berbeza. Matrikulasi mempunyai pembelajaran KULIAH dan kelas TUTORIAL. KULIAH adalah waktu pembelajaran topik yang baru. Kelas TUTORIAL adalah waktu mengukuhkan pemahaman pembelajaran di KULIAH tadi melalui buku latihan atau soalan dari pensyarah. Pada masa yang sama, setiap minggu ada kelas KO KURIKULUM. Yang pasti, masa di matrikulasi adalah PADAT. Anda perlu mengejar masa untuk mengulangkaji pelajaran.


Bagaimana markah setiap pelajaran dikira?
Markah dikira dalam bentuk Gred PNGK. Gred yang paling tinggi adalah 4 PNGK. PNGK dikira berdasarkan markah 0%-100% bagi setiap pelajaran (sama seperti sekolah). Cuma keputusan rasmi matrikulasi dalam bentuk PNGK.


Apakah perbezaan Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT)?
Pelajar Program Dua Tahun sebenarnya khusus kepada pelajar SPM yang memperoleh keputusan yang agak kurang baik. Pada masa yang sama, pelajar rayuan matrikulasi juga terus ditempatkan di PDT. Walaupun begitu, itu bukan syarat utama untuk menjadi pelajar PDT. Pelajar PST juga boleh menjadi pelajar PDT dengan mengemukakan rayuan. Tetapi, tindakan perlulah dilakukan awal semester 1. Bilangan pelajar PDT sebenarnya sangat sedikit dalam kolej matrikulasi.

Bagaimana kehidupan pelajar PDT?
Mereka lebih relaks berbanding pelajar PST. Jadual mereka tidak padat untuk tahun pertama. Pada tahun pertama, mereka mempelajari lebih kurang 50 % silibus pelajaran pelajaran PST. Apabila mereka masuk tahun kedua, mereka akan belajar mengikut sistem pembelajaran pelajar PST. Ramai di kalangan mereka mendapat PNGK yang baik untuk peperiksaan semester. Pelajar Kos Akaun juga lebih relaks walaupun mereka PST.

Bercinta di Matrikulasi?
Selalunya keputusan anda akan hancur nanti. Elakkan.


Peperiksaan Semester
Sekiranya saya gagal (PNGK<2.00) dalam peperiksaan semester, apa akan terjadi?
Anda tidak berkelayakan masuk ke universiti (Peraturan Matrikulasi). Sekiranya PNGK anda melebihi 2.00, anda boleh mengulang program matrikulasi. PNGK yang melebihi 2.00 masih layak untuk permohonan universiti, tetapi anda mudah dapat kos-kos 'lelong'.Amatlah rugi sekiranya berlaku begitu. Orang lain boleh cemerlang, mengapa pulak kita boleh gagal?

Tiada kehidupan seronok di matrikulasi?
Waktu Riadah dan Ko kurikulum
Sudah pasti ada. Bukan anda seorang yang mengalami masalah pelajaran di matrikulasi, orang lain juga turut bermasalah. Walaupun masa di matrikulasi agak padat, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan setiap hari untuk melepaskan stress. Tambah tambah lagi di hujung minggu. Jawatankuasa Pelajar dan kelab ko-k kerap menganjurkan pertandingan. Tapi, awas! Jangan sampai berlebihan sehingga selalu mengganggu waktu ulangkaji anda. Program dakwah dari masjid atau surau matrikulasi turut juga ada hampir setiap hari.


Labels: