08 April 2011

~Lawak B0d0~ :D

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"


Hadiah Cincin Berlian

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."


Bibik dan Telefon

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


Menantu yang Luar Biasa
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...


Selamat pagi Cikgu
Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


No comments: