22 November 2012

Hati ku hati mu hati kita !


Hari ni saye nak update post lagi. Kali ni berkaitan dengan DENDAM DI HATI.
Anda kenal hati ?
Secara saintifiknya hati adalah seperti gambar ini



Biologi nya, ianya berfungsi sebagai pusat penyimpanan glikogen , tempat berlaku nya pensintesis protein , peneutralisasi dadah atau bahan beracun yang masuk ke dalam badan , juga sebagai penghasilan hempedu digunakan untuk proses penghadaman. Konklusinya , hati menjadi tempat pemprosesan biokimia dalam badan manusia.

Umumnya , hati yang kita kenal ialah seperti ini kan ?



Hati seperti ini selalunya berkaitan dengan perasaan , luahan rasa hati dan minat terhadap sesuatu.

Hati ini boleh dikatakan satu organ yang sangat suci bagi sesiapa yang mampu menjaganya dari segi harmoni dan biologi nya.
Contohnya , jika kita mendidik hati kita untuk senantiasa dengki mendengki dengan orang lain , hati kita akan jadi seperti batu. Keras dan susah untuk dilembutkan. Bak kata pepatah Melayu , Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dari istilah ini , rebung boleh diibaratkan sebagai hati dan buluh nya adalah ketika hati sudah tidak dapat dilembutkan lagi,
Tahukah anda hati ini satu organ yang bendul dan organ paling sensitif di antara organ organ yang lain ?
Jika kita mempunyai perasaan kepada orang lain , acapkali dikaitkan dengan hati.
Pernahkah kita terdengar , Rasulullah melarang kita untuk gelak ketawa berlebihan kerana setiap kali kita gelak ketawa satu titik hitam akan menompok di hati ? Lama kelamaan hati akan menjadi keras , hitam dan sukar menerima sesuatu yang baik sama ada teguran mahupun nasihat.
Hebatkan hati ?
 Ianya seperti suatu tempat yang memendam 1001 rahsia tuan punya badan .
Namun , hati ini boleh dikatakan sangat ' bendul '
Ianya boleh memendam segala yang buruk dan segala yang baik.
Baiklah . Saya berikan satu contoh mudah.
Jika kita menyimpan sebuah dendam yang teramat terhadap seseorang yang kita sangat tidak puas hati.
Tidak kah ianya mendidik hati kita ke arah sesuatu yang buruk ?
Wajarkah hati yang suci ini dicemari dengan perkara buruk sebegini ?
Sebab itu lah kita dikurniakan dengan satu nilai murni iaitu sifat pemaaf.
Betapa hebatnya sifat pemaaf ini kerana tidak semua orang boleh memilikinya !
Bayangkan orang yang kononya alim juga sukar untuk memaafkan orang lain.
Apa salahnya kita memaafkan daripada membiarkan perkara yang buruk bersarang di hati ?
Di manakah kewarasan akal yang Tuhan berikan untuk kita ?
Kita lebih pentingkan EGO diri sendiri lebih daripada HATI yang sukar untuk dicari ini.
MasyaAllah. Betapa berharga nya hati yang suci ini untuk dijaga rapi.
Dibasuh , dididik .
Kalau boleh dibedak kita pasti akan bedakkan 'deodoran' kan wangikan sebab sape yang tak mahu sebuah HATI YANG WANGI ?
Fikirkan lah .
Kita ada alternatif untuk memaafkan kita maafkan. Lebih baik kita serahkan segalanya kepada Allah SWT.
Kita pun tidak digalakkan bermasam muka sesama insan apatah lagi kita didalam lembayung agama yang sama.
Hindari perkara merosakkan hati , In Shaa Allah Allah akan merahmati dan memberkati kemuliaan hati anda.
Keep smiling and cheer up your day like this !




No comments: